KEKAYAAN LUAR BIASA ANAK-ANAK TUN MAHATHIR


Tidak ada mana-mana Perdana Menteri atau Presiden di dalam sejarah Malaysia atau didunia yang mana kesemua anak-anaknya sangat kaya-raya seperti Tun Mahathir Mohamad. Bagaimana mereka mendapat kekayaan luar biasa sedangkan rakyat biasa yang berkerja siang malam masih terpalit dalam kemiskinan dan hutang di sekeliling pinggang. Tidak ada sesiapa yang tahu jawapan yang sebenar tetapi hanya ada satu kemungkinan….”daddykasi”

Siapakah anak-anak Tun Mahathir? Nama-nama mereka sudah lama diketahui umum. Tetapi apa yang memeranjatkan adalah bahawa ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa anak-anak Tun M juga merupakan antara orang-orang Melayu yang kaya terutamanya jika dilihat dibawah kategori anak-anak pemimpin politik.


Jadi marilah kita lihat dengan lebih teliti siapa mereka ini, berapa kekayaan mereka dan apa yang mereka telah lakukan untuk menjadi begitu kaya begitu cepat sekali?


1.     MARINA MAHATHIR


Tidak pernah sesiapa mendengar yang Marina Mahathir sebagai CEO atau Pengarah Urusan syarikat yang telah berkerja keras untuk membina syarikat atau pun perniagaan / bisnes syarikat tersebut.
Sebaliknya dia mempunyai saham didalam pelbagai syarikat dan asset-aset lain yang bernilai lebih dari RM80 juta. Kekayaan-kekayaan lain yang tidak diketahui mungkin jauh lebih banyak dari jumlah ini.

Marina juga adalah pejuang puak-puak LGBT dan salah seorang yang tidak kisah apa kedudukan agama Islam mengenai isu LGBT.


2.     MIRZAN MAHATHIR



Dia sering dikenali sebagai “the silent businessman” yang bermaksud seorang ahli perniagaan yang sangat senyap. Ini tidak bermaksud bahawa Mirzan jarang bercakap tetapi ianya lebih terhadap bagaimana dalam tempoh masa yang singkat Mirzan telah dapat pemilikan saham-saham dan asset dipelbagai syarikat di Malaysia.
Akan tetapi walaupun jarang dilihat di media massa, akan tetapi Mirzan Mahathir telah terpalit dalam 2 skandal yang akhirnya telah diketahui umum.
1.     Skandal pembelian syarikat arak – San Miguel (minuman yang tidak halal)
Seterusnya, Mirzan telah menggunakan wang San Miguel untuk membeli and mengambil alih syarikat ExxonMobil di Malaysia.


Jumlah kekayaan rasmi menjangkau RM780 juta, tetapi lain-lain kekayaan tidak rasmi adalah jauh lebih tinggi. Rafizi pernah bercerita mengenai kekayaan Mirzan didalam suatu video - https://www.youtube.com/watch?v=u3rIllmj84g&feature=youtu.be


3.       MUKHRIZ MAHATHIR



Mukhriz merupakan seorang sahaja anak Mahathir yang terus melibatkan diri dalam dunia politik, namun beliau pun mempunyai saham didalam lebih 126 syarikat. Rakyat biasa tidak mampu memiliki walau 1 syarikat pun tetapi anak Mahathir ini sangat bertuah kerana mempunyai “daddykasi” dari Mahathir.

Secara rasmi kekayaannya menjangkau RM540 juta tetapi secara tidak rasmi dan duit yang disimpan diluar negara, Mukhriz pasti seorang billionaire.


4.       MOKHZANI MAHATHIR



Mokhzani boleh dikatakan sebagai anak paling berjaya atau paling bernasib baik. Apa-apa pun, hari ini Mokhzani mempunyai kekayaan yang amat luar biasa dimana secara rasminya dia memiliki RM3 billion and pastinya angka yang sebenar adalah jauh lebih besar. 
Kekayaan Mokhzani ini pernah menyebabkan beliau sanggat bangga dan mengutuk orang miskin yang menerima BR1M pada satu ketika. Ini mungkin kerana Mokhzani tidak pernah merasai keperitan kehidupan rakyat biasa yang sangat miskin. (https://www.youtube.com/watch?v=mALtwBOl5YQ)

Pada 16 June 1998, Lim Kit Siang pernah menulis satu surat terbuka mengenai kekayaan anak-anak Mahathir. Menurut surat itu parti DAP pada masa itu telah membuat kajian yang mendalam dan mendapati bahawa Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz telah pun menjadi sangat kaya pada penghujung tahun 1994 dan mempunyai pemilikan dalam lebih dari 213 syarikat pada masa itu. Adakah mereka telah mendapat semua ini dengan berkerja keras atau dengan bernasib baik sahaja?

Terdapat banyak lagi salah laku yang berlaku pada zaman Tun Mahathir telah menjadi PM yang ke-4 :

Jika kita hendak mencari, di Internet dan media social terdapat banyak lagi skandal-skandal dan info mengenai keluarga Mahathir ini. Rakyat kini lebih pandai mencari info dan tidak seperti zaman dulu dimana banyak perkara boleh disembunyikan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak Mahathir kesemuanya kaya-raya and mempunyai kehidupan yang sangat mewah. Kita hanya mampu melihat sahaja kerana pada hujung bulan belum tentu kita ada duit yang cukup untuk membayar bil-bil kerana bapa kita bukan Mahathir Mohamad.





Comments

  1. Admin yg buat ni percaya ke yg tun ni mencuri bagai???? ... nk bagi istilah "daddykasi" .... min tulis blog disebabkan min dengki atau apa??? .... awak perlu bersyukur dengan allah swt sebab tun m yg buat menara klcc dan macam ii infrastruktur malaysia ni .... jadi knp nk kaitkan saham petronas,klcc dan lain ii syarikat sedangkan banyak syarikat ii dimalaysia ni yg dilaksanakn oleh tun m sendiri jadi knp nk buat blog macam ni sedangkan yg buat semua tu tun m sendiri??? ... admin mungkin pikir yg anak ii tun m ni xpernah hidup susah .... min baca sendirilah buku ii tun m sendiri baru awak tahu apa yg tun m buat ... selebihnya saya serahkan kpd allah swt atas perbuatan awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yop , biar betul apa yg kamu kata ni ???
      Projek apa yg Mahathir buat ??
      Mahathir hanya pencetus 'idea' dan penggerak sahaja . Itu adalah normal kerana dia PM ketika itu . Kalau saya x silap , semua pembangunan mega berkait GLC perlu kelulusan kabinet . Hinggakan 1MDB pun di bahas di parlimen . Apa yg parlimen tidak tahu , duit yg 1MDB pinjam berbillion tu pergi mana ....

      Delete
    2. Nice.menara petronas yang dibina hasil kuras minyak sabah sarawak yang highway 1 pun takda sejak merdeka.haha

      Delete

Post a Comment